Feb 13, 2008

Cerita Budak Sekolah

(i)Tadi saya buka emel.

Huhu...ada orang 'forward' emel tentang budak sekolah yang bergaduh. Lama juga rakamAn tu. Yang lain dok menengooooook je. 2 budak pakai baju sekolah 'main' tendang, sepak, dan memukul seorang lagi budak yang berpakaian biasa.

[Ketiga mereka adalah wanita!!]

Teruk betul tengok budak yang pakai baju biasa tu. Ada gak dia balas sedas dua..tapi yang pakai baju sekolah tu siap angkat kain. Dah macam mamak tebar roti canai. Kick boxing, silambam, kungfu, kungtau.

Hebat tu. Juara karate kat sekolah kot :P

Apa nak jadi ye?? Syllibus baru untuk koku ke??

Suruh belajar di sekolah, boleh pulak main pukul-pukul orang. Yelah, kot tak puas hati...masih boleh runding. Ambil tindakan sendiri pulak diorang ni. Jikalah ada yang cedera, m*** ke...na'uzubillah, gelap masa depan.


(11)"Mana mau lari??"

Haha...itulah jeritan cikgu sukan saya masa sekolah menengah. Budak sekolah tak suka pergi kegiatan kokurikulum . Saya merasa lah juga 'main kejar-kejar' dengan pelajar yang suka buat masalah. Ada yang lari dari sekolahlah, ponteng koku, gaduhlah..

Zaman kental sebagi pengawas sekolah. Depan saya, budak-budak lelaki yang tegap, besar, gagah. Pelajar wanita pula suka lompat pagar, pakai kain ketat, baju singkat. Macam-macam..

Banyak pahit manis jadi pengawas sekolah ni. Paling kelakar 'termarah' pelajar yang sebenarnya keluar kelas untuk berehat. Semua orang pandang saya...dan saya malu 'giler' sendiri..hihi :p

Saya fikir diorang ponteng..hehe.

----------------

Cikgu Saya yang akrab: Cikgu Zainal Lajis, Cikgu Yusri Seman, Cikgu Norsiah, Cikgu Koh Chan Meng, Ustazah Nora..dan semuanya masih kekal di ingatan.

Terima kasih cikgu kerana saya masih menjadi pengawas yang kalian pernah didik suatu masa dulu. Saya hari ini, adalah hasil didikan dan nasihat terbaik kalian.

Terima kasih Ibu Azizah, terima kasih SMK Munshi Abdullah, Batu Berendam, Melaka.

Terima kasih kepada diri yang sudi belajar mengenal diri sendiri:)

3 comments:

artseni said...

peh memang tak..buat aq tringat plak kt ckigu aq kt SMKTHAM mlaka...aq pn nk trima kasih jgk kt diaorg coz pasal diaorg lah aq berjaya gak....cikgu semua mmg gila-ah....so hormati cikgu anda....peace no war...

Mentor_ulung said...

peace ;)

yusri said...

woi cikang, ada masa dtg la jumpa sya kt Munshi......